Friday, 25 March 2011

Jangan Kacau Adik Saya

Dear Abang,

Walau pun suka kacau adik tapi Aqilah ni sebenarnya sangat protective terhadap adik.

Kat nursery diorang tu ada sorang girl yang baya adik yang suka sangatlah peluk-peluk adik. Kalau peluk sket je tak pe, ni sampai tergolek adik dipeluk dek sofia.. Oh yeah, that girl’s name is sofia. Yang paling teruk hari tu sampai benjol kepada adik sebab jatuh kat lantai nak mengelak kene peluk.

So pagi tadi saya terperasan la satu kejadian ni. Saya tgk dari dalam kereta. Kakak dah masuk dalam simpan beg dia n dah keluar balik nak main kat playhouse. Adik pulak masih terkedek-kedek heret beg dia yang tak de roda cam kakak tu (hhehhe ..sian adik.. nanti dah besar sket mama beli beg ada roda eh).
Beg tu sangkut kat pintu.

Si sofia ni nampak adik yang tengah terkial-kial nak heret beg n terus gi kat adik nak peluk adik. Kakak kebetulan ada dekat-dekat situ nampak lah sofia ni  nak kacau adik. Dia terus gi kat adik, pegang bahu adik  n tenung sofia... she did utter something kat budak sofia tu tapi tak tahulah apa.
Kakak ni kan jauh lebih tinggi dari sofia n adik. So nampak takutlah sofia tu kat Kakak.

Tergelak lak tgk. Tapi saya tak tunggu tgk apa terjadi seterusnya sbb dah lambat nak gi office.


Sister's love

Wednesday, 23 March 2011

Goody goody good mood today!

Dear Abang,

Mood Aqeel n Aqilah sangat-sangat baik pagi ni masa nak hantar diorang gi school.
Diorang salam n kissed saya siap2 dalam kete, pastu sgt2 excited nak turun dari kete.
Bila dah buka kasut n simpan kat rak, masing-masing kene heret beg untuk simpan kat dalam.
Tapi aqeel heret beg tu separuh jalan jek.. dia tinggalkan beg tgh2 muka pintu pastu cepat2 nak masuk main kat play house.  Aqilah pun cepat2 naik join geng dia main.

Ni saya jumpa gamba lama diorang kat kindi ...






Gambar adik tak de plak kat PC ni.
Next entry lah saya upload.

Thursday, 3 February 2011

Happy CNY!

Dear Abang,

Sempena Tahun Baru Cina, Aqilah n Aqeel buat pose istimewa.. :)
At least diorang pakai la juga baju yang saya beli kat Beijing tu hehe.

Kakak kene paksa 'smile'. Adik lak blur je..




Gong Xi Fa Chai








Monday, 31 January 2011

Everyday is Bubur Day

Dear Abang,


Saje je nak letak gambar bubur yang menjadi makanan wajib diorang hari-hari :)




Bahan-bahannya (chewah.. siap bagi resipi ni)

Ayam dipotong kecil
Kentang (potong dadu)
Lobak merah
Batang Celery
halia
bawang putih
bawang merah
Air rebusan ayam
garam secukup rasa (ayat standard)





Cara Penyediaan


1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan air dan ayam
3. Masukkan kentang, lobak merah, batang celery
4. Rasakan dengan garam
5. Sebelum memasak sup, masak nasi dengan air yang banyak hingga jadi bubur.



Jadi bila dah masak bubur dan sup, inilah hasilnya...

Tuesday, 25 January 2011

Aqeel is One and Aqilah is Three!

Dear Abang,

Happy Birthday to our sweethearts.

Here are some photos from their birthday parties. Simple yet memorable.

Muhammad Aqeel Hariz - 19 November 2010






Nur Aqilah Liyana - 24 January 2011



May Allah bless both of you and grow up to be true muslims. Amin

Saturday, 22 January 2011

New Chapter 2011



Dear Abang,

Lama betul tak update blog. Last update August 2010. Maybe sebab saya dah tak gi nursery tengah hari.

Esok nak ambil birthday kek Aqilah... 24 Jan 2011, Aqilah's 3rd birthday. Cepatkan.. dah tiga tahun pun umur kakak. Adik pun dah setahun dua bulan. Dah macam-macam ragam dah diorang ni. Pantang jumpa, mesti nak gaduh. Lebih-lebih lagi adik yang suka sakat Kakak. Tapi kalau tak berjumpa... asyik tanya.

Sayang Kakan n Adik.. muah

..

Tuesday, 31 August 2010

Mama, Kakak Nak Tido

Dear Abang,

Nak tergelak bila teringat pasal Aqilah masa hantar dia tadi.
Lepas masuk kereta, dia tak nangis-nangis minta CD hantu tu lagi, tapi dia senyap jek. Merajuk la tu.

Sampai di school, saya ajak dia turun tapi dia tak nak turun. Dia cakap, "Mama, nak do" dengan muka sedihnya. Saya cakap ok, tido.. mama hantar adik dulu.

Lepas hantar adik, saya gi kat kete balik... Aqilah nampak saya, cepat-cepat dia pejam mata. Saya tanya dia "Kakak tido yek?". Dia angguk. hehehe. Dia buat-buat tido tapi cuba intai sebelah mata. Saya tanya lagi "Aqilah nak mama dukung masuk school, tido kat dalam ek?" Dia angguk gak. So saya suruh dia pejam mata rapat, takut nanti cikgu nampak Aqilah buka mata. Dia angguk pastu terus pejam rapat-rapat. Tergelak saya tengok gelagat dia sungguh-sungguh nak buat-buat tido. Kakak..kakak..