Tuesday 31 August 2010

Mama, Kakak Nak Tido

Dear Abang,

Nak tergelak bila teringat pasal Aqilah masa hantar dia tadi.
Lepas masuk kereta, dia tak nangis-nangis minta CD hantu tu lagi, tapi dia senyap jek. Merajuk la tu.

Sampai di school, saya ajak dia turun tapi dia tak nak turun. Dia cakap, "Mama, nak do" dengan muka sedihnya. Saya cakap ok, tido.. mama hantar adik dulu.

Lepas hantar adik, saya gi kat kete balik... Aqilah nampak saya, cepat-cepat dia pejam mata. Saya tanya dia "Kakak tido yek?". Dia angguk. hehehe. Dia buat-buat tido tapi cuba intai sebelah mata. Saya tanya lagi "Aqilah nak mama dukung masuk school, tido kat dalam ek?" Dia angguk gak. So saya suruh dia pejam mata rapat, takut nanti cikgu nampak Aqilah buka mata. Dia angguk pastu terus pejam rapat-rapat. Tergelak saya tengok gelagat dia sungguh-sungguh nak buat-buat tido. Kakak..kakak..

Wednesday 25 August 2010

Adik Cool.. Kakak Blur

Dear Abang,

Ngantuknya rasa. Saya dah tertidur depan PC td. So, nak hilang ngantuk, saya update blog ni.

Aqeel tak nangis nak ikut bila hantar dia pagi tadi. Saya betul-betul tak percaya tadi tapi Alhamdulillah, senang hati sket. Dia cool je bila cikgu dia amik dia. Minggu ni pun, cikgu dia bagi tahu yang dia dah mula minum susu soya tu sampai habis. Baguslah adik.

Kakak pulak tadi, turun kerete, terus je masuk nursery. Panggil suruh salam dia pun dia buat tak tahu. Macam biasa, mesti buat muka blur dia tu. Hai, kakak..kakak

Monday 23 August 2010

Info tentang Meningitis

Dear Abang,

Tadi saya ada jumpa artikel pasal Meningitis. Rupanya, penyakit ni boleh berjangkit.
Rasanya lepas ni tak payah lah bawak diorang gi hospital ek. Tak pun kalau kita kene gi jugak, awak tunggu je kat bawah.

Ni artikel tu:


Meningitis

Apakah itu penyakit Meningitis?

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput pada otak dan saraf tunjang. Penyebab penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut. Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, berhubung dekat dengan pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Doktor dapat mengenalpasti sekiranya seseorang tersebut menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan sekiranya keadaan ini tidak membahayakan pesakit tersebut.

DIAGNOSIS
Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui:
Ujian mikroskopik
Ujian biokimia
Ujian kultur
ke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture.
Lain-lain ujian yang dijalankan ialah
Ujian darah
CT-scan.

Bagaimana Meningitis Berjangkit?
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Bakteria boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafasan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan dari mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).

Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu lain.

Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).

MEREKA YANG BERISIKO
Jangkitan mudah merebak di kalangan:
Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.
Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.


Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
Demam
Sakit kepala yang teruk
Loya-loya
Muntah
Ketegangan atau sakit pada tengkuk
Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
Ruam pada badan
Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drownsiness & confusion)

Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah.
Sawan.
Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
Lemah seluruh tubuh badan.
Ruam seperti lebam-lebam.
Tidak sedarkan diri.

GEJALA
Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.
Tanda awal hasil daripada pengeraman bakteria tersebut ialah:
Demam dengan suhu yang tinggi
Loya dan muntah
Sakit kepala
Kekejangan pada leher
Kekeliruan
Mengantuk
- Ruam merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.

RAWATAN
Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.

PENCEGAHAN
Terdapat dua cara mencegah meningitis:
1 Kemoprofilaksis. Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko.
Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.
2. Imunisasi. Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji. Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:

Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.
Vaksin bivalent untuk serotype A dan C
Vaksin conjugate untuk serotype C.
Untuk para jemaah haji akan diberi vaksin quadrivalent.

KOMPLIKASI MENINGITIS
Kecacatan otak
Hilang pendengaran
Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.
Kematian.

Monday 16 August 2010

Bermulanya Cerita

Dear Abang,

Blog ni utk ceritakan perkembangan anak-anak kita, Aqilah n Aqeel. Selalunya e-mel je kat awak cerita pasal diorang. Pastu e-mel tu lama-lama akan di delete. Rugi.. tak leh baca kemudian hari. Jadi, mulai sekarang, saya update kat blog ni ye bang...
Untuk entry pertama ni, saya nak cite pasal adik kat school tadi.
Masa saya sampai, dia tengah kacau cuya nak nenen ngan mama dia. Hari-hari macam tu la sebenarnya.. Bila nampak saya, apa lagi, buat-buat nangis manja dia. Sayang adik ..
Ingatkan tadi lepas nenen, dia akan tido, sebab nampak sangat dah dia ngantuk. Dia kan bangun 'sahur' hari ni. Rupanya makin ligat main. Orang lain dah tido.. dia tahan mata tak nak tido. Dan macam biasa, bila nak balik, mesti nangis nak ikut. adik..adik.